Thursday, 20 September 2012

Masak Merah Serai Lengkuas.


Bahan-bahan :
  • Minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam dan menumis  
  • 1 ekor ayam/daging dipotong
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 labu bawang di hiris bulat-bulat
  • 2 biji kentang di hiris serong
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit air ikut kesukaan kepekatan kuah
  • Daun bawang,daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan

Bahan-bahan untuk di kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 10 biji cili kering di buang biji
  • 2 biji buah keras
  • Air asam jawa
  • Sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup
  • Sedikit air untuk senang dikisar oleh pengisar

Cara-cara memasak.
  1. Kisar kesemua bahan-bahan yg perlu di kisar.
  2. Lumurkan ayam dengam sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam dan kentang separuh   masak.
  3. Dengan mengunakan sedikit minyak lebihan gorengan ayam dan kentang tadi, tumiskan bahan kisar hingga nak bau dan pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ayam seketika kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga ayam empuk. Biar hingga mendidih dan masukkan kentang.
  5. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kesukaan dan rasa anda.
  6. Masak hingga kuah agak pekat dan bolehla dimasukkan hirisan bawang besar.
  7. Hidangkan panas-panas bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas, nasi tomato,nasi minyak,nasi briyani dan lain-lain masakan nasi. Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment