Bahan-bahan:
- Segengam mee kuning
- 1 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji telur
- Separuh kek ikan (fish cake) dan tauhu
- Sedikit sayur sawi dan lobak merah
- Sedikit serbuk cili
- Sedikit kicap dan sos cili
- Sedikit garam dan serbuk perasa
- Basuh mee kuning dan toskan. Potong sayur sawi dan lobak merah.
- Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih. Kemudian masukkan serbuk cili dan sedikit air berserta fish cake dan tauhu. Biar kuah menjadi sedikit kering. Selepas itu masukan sos cili dan kicap. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan mee kuning kacau hingga sebati kemudian masukkan telur. Biar sedikit mengeras dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan batang sayur sawi dan lobak merah yg di potong memanjang. Akhir sekali masukkan daun sawi, sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Siap di hidangkan. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment