Sunday, 7 October 2012

Sayur Sawi dan Cendawan bersos tiram


Bahan-bahan:
  • Cendawan kering direbus sehingga lembut
  • Sayur sawi
  • Sedikit lobak merah di potong memanjang
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah @ hijau @ padi
  • Sos tiram
  • Sedikit tepung jagung
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak.
  1. Tumbuk kasar bawang merah dan putih. Panaskan minyak, tumis bawang tersebut.
  2. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian masukkan lada hitam, kacau sehingga sebati.
  3. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air kemudian masukkan ke kuali.
  4. Masukkan cendawan kering yg telah direbus sehingga lembut, lobak merah dan batang sawi. Kacau sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan batang sawi, cili merah dan sedikit garam dan serbuk perasa. Selamat mencuba.

Saturday, 22 September 2012

Cucur ikan bilis rangup berempah

Bahan-bahan:

  • 3 Senduk tepung gandum
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/4 batang lobak merah
  • Segengam ikan bilis
  • Sedikit serbuk bikarbonat
  • Sedikit serbuk kari, cili dan kunyit
  • Sedikit sebuk jintan manis, putih dan ketumbar
  • Sedikit serbuk lada hitam dan sulah
  • Sedikit serbuk perasa dan garam
Cara membuat.
  1. Basuh dan rendam ikan bilis sekejab. Tinggalkan sedikit ikan bilis untuk di masukkan ke dalam adunan. Ikan bilis boleh di tumbuk kasar atau di masuk terus ke dalam adunan. Kisar ikan bilis bersama bawang besar, merah, putih dan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam tepung gandum. 
  2. Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.  
  3. Jemputkan seperti cekodok atau boleh juga gunakan sudu dan gorengkan dalam minyak panas yg penuh. Sedia untuk di hidangkan. Enak di makan untuk sarapan pagi dan minum petang. Selamat mencuba.

Sayur bendi goreng kicap bersama tauhu dan fish cake

Bahan-bahan:

  • 5 biji bendi
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 tauhu dan fish cake
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit kicap
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak.
  1. Potong serong sayur bendi dan cili merah. Potong memanjang lobak merah.
  2. Panaskan minyak. Goreng tauhu dan fish cake. Ketepikan dulu kemudian tumbuk kasar bawang merah dan putih.Tumiskan bawang merah dan putih tadi dalam lebihan minyak mengoreng tauhu dan fish cake tadi.
  3. Masukkan kicap dan sedikit air, kemudian masukkan sayur bendi dan lobak merah yg telah di potong. Kacau sehingga sebati. Biarkan air sedikit kering.
  4. Masukkan tauhu dan fish cake. Kacau lagi hingga sebati, kemudian masukkan serbuk perasa dan garam.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar yg di potong bulat dan cili merah. Sedia di hidangkan. Selamat mencuba.

Friday, 21 September 2012

Telur dadar daging berempah

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah di potong serong
  • Sedikit lobak merah di potong dadu
  • Sedikit rempah kari
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit jintan manis dan putih 
  • Sedikit lada sulah dan lada hitam
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Sekeping daging burger @ daging rebus

Cara memasak.
  1. Pukul telur hingga kembang. Potong dadu daging burger yg telah di goreng. Masukan semua bahan dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng telur tersebut seperti biasa. Selamat mencuba.

Sayur sawi goreng bersama tauhu dan fish cake

Bahan-bahan:
  • Seikat sayaur sawi
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang merah dan putih
  • Sedikit tauhu dan fish cake
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak.
  1. Panaskan minyak. Tumbuk kasar bawang merah dan putih. Kemudian tumiskan bawang tersebut.
  2. Masukkan tauhu dan fish cake yg di potong dadu. Kemudian masukkan sedikit sos tiram dan air.
  3. Masukkan batang sawi dan lobak merah yg di potong memanjang.
  4. Setelah batang sawi dan lobak merah agak masak, masukkan daun sawi dan bawang besar yg di potong bulat.
  5. Akhir sekali masukkan cili merah yg di potong serong. Perasakan dengan sedikit garram dan serbuk perasa. Siap di hidangkan. 

Sardin Marina mudah dan sedap



Bahan-bahan:
  • 1 tin sardin Marina (saya guna separuh ja)
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah @ hijau @ 2 biji cili padi
  • Sedikit garam

Cara memasak.
  1. Panaskan minyak. Tumbuk bawang merah dan putih kemudian tumiskan bawang tersebut.
  2. Masukkan sardin. Tambah sedikit garam kemudian masukkan bawang besar yg di potong bulat dan cili merah yg di potong serong.
  3. Biar mendidih seketika kemudian hidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba.





Mee Goreng mudah dan sedap


Bahan-bahan:
  • Segengam mee kuning
  • 1 ulas bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • Separuh  kek ikan (fish cake) dan tauhu
  • Sedikit sayur sawi dan lobak merah
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit kicap dan sos cili
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
  1. Basuh mee kuning dan toskan. Potong sayur sawi dan lobak merah.
  2. Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih. Kemudian masukkan serbuk cili dan sedikit air berserta fish cake dan tauhu. Biar kuah menjadi sedikit kering. Selepas itu masukan sos cili dan kicap. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan mee kuning kacau hingga sebati kemudian masukkan telur. Biar sedikit mengeras dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan batang sayur sawi dan lobak merah yg di potong memanjang. Akhir sekali masukkan daun sawi, sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Siap di hidangkan. Selamat mencuba.





Thursday, 20 September 2012

Telur bungkus campur daging burger





Bahan-bahan:
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 labu bawang besar saiz kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1/2 batang lobak merah saiz kecil
  • 1 keping daging burger
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram
  • Kicap cair atau pekat
  • Sedikit sayur campuran beku (mix vegetables)
  • Sedikit lada bengala
  • Sedikit daging kisar
  • Sedikit lada hitam dan putih
  • Sedikit garam dan serbuk perasa.
Cara memasak :
  1. Potong bawang merah, bawang putih, bawang besar, lobak merah dan ladang bengala dalam bentuk dadu. Boleh juga di tambah  dengan sedikit mix vegetable sebagai sayuran tambahan.
  2. Gaulkan daging kisar dengan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, sedikit garam, serbuk perasa serta bawang merah dan putih yg telah di tumbuk halus.
  3. Panaskan minyak. Goreng daging burger separuh masak kemudian potong dadu ataupun di tumbuk kasar.
  4. Dengan minyak lebihan tadi masukan daging kisar yg telah di perap. Apabila daging hampir masak, masukkan daging burger, bawang merah, bawang putih serta kesemua bahan yg di potong dadu serta sayur campuran beku.
  5. Gaul sehingga semua bahan bercampur rata. Kemudian tambahkan sos cili, sos tiram dan kicap. Masukan sedikit air. Tambahan serbuk perasa dan garam. Masak hingga kuah menjadi agak kering. Kemudian tambahkan serbuk lada hitam dan putih.
  6. Pukul telur hingga kembang. Gunakan kuali leper untuk mengoreng telur. Lenserkan telur sehingga memenuhi kuali tersebut dan menjadi nipis. Kemudian masukkan daging yg telah di masak tadi. Bungkus telur seperti membungkus nasi goreng pataya.
  7. Ambil pinggan dan letakkan atas telur dalam kuali tadi, kemudian terbalikan. Taburkan bawang goreng dan daun bawang serta letakkan sedikit sos di atas telur tersebut. Sedia untuk di hidangkan.



Sambal telur sedap





Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • Sedikit air asam jawa atau asam gelugur
  • Sedikit sos cili dan tomato
  • Sedikit santan atau susu sejat atau susu pekat manis 
  • 1 biji cili merah atau hijau atau padi
  • Sedikit daun bawang dan  sup
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit gula, garam dan serbuk perasa

Bahan-bahan untuk dikisar:
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 10 tangkai cili kering di buang biji
  • 1 batang serai
  • Sedikit halia dan lengkuas

Cara memasak
  1. Kisar semua bahan kisar.
  2. Panaskan minyak dan goreng telur separuh masak kemudian dengan mengunakan minyak yg sama, tumiskan bahan yg telah dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Tambah sedikit sos tomato dan sos cili serta sedikit air asam jawa atau asam gelugur. Masak hingga kuah sedikit kering. Kemudian masukan sedikit santan atau susu sejat atau susu pekat manis supaya kuah lebih berkrim.
  4. Perasakan dengan sedikit gula, garam serta serbuk perasa. Masukkan bawang besar yg telah di potong bulat dan cili merah yg telah di potong serong. Kemudian masukkan telur yg di goreng separuh masak dan kacau rata sehingga kuah dan telur sebati.
  5. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup. Tabur sedikit bawang goreng. Sedia di hidangkan. Enak di makan bersama nasi lemak, nasi tomato, nasi beriani dan nasi berperisa lain mahupun nasi putih. Selamat mencuba.

Masak Merah Serai Lengkuas.


Bahan-bahan :
  • Minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam dan menumis  
  • 1 ekor ayam/daging dipotong
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 labu bawang di hiris bulat-bulat
  • 2 biji kentang di hiris serong
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit air ikut kesukaan kepekatan kuah
  • Daun bawang,daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan

Bahan-bahan untuk di kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 10 biji cili kering di buang biji
  • 2 biji buah keras
  • Air asam jawa
  • Sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup
  • Sedikit air untuk senang dikisar oleh pengisar

Cara-cara memasak.
  1. Kisar kesemua bahan-bahan yg perlu di kisar.
  2. Lumurkan ayam dengam sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam dan kentang separuh   masak.
  3. Dengan mengunakan sedikit minyak lebihan gorengan ayam dan kentang tadi, tumiskan bahan kisar hingga nak bau dan pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ayam seketika kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga ayam empuk. Biar hingga mendidih dan masukkan kentang.
  5. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kesukaan dan rasa anda.
  6. Masak hingga kuah agak pekat dan bolehla dimasukkan hirisan bawang besar.
  7. Hidangkan panas-panas bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas, nasi tomato,nasi minyak,nasi briyani dan lain-lain masakan nasi. Selamat Mencuba!

Peria Goreng Kunyit Bersama Telur


Bahan-bahan:
  • 1 biji peria cina
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah atau cili hijau atau cili padi
  • Sedikit garam dan serbuk perisa
Cara memasak.
  1. Rendam peria dalam air garam selama sejam untuk menghilangkan rasa pahit
  2. Tumbuk bawang merah dan putih. Panaskan minyak.
  3. Tumis bawang merah dan putih. Masukkan peria, goreng sebentar. Masukkan sedikit air dan serbuk kunyit.
  4. Pukul telur sedikit, apabila peria dah masak, masukkan telur dan biarkan sedikit mengeras kemudian kacau hingga rata.
  5. Akhir sekali masukan sedikit garam dan serbuk perasa.  Selamat Mencuba !!!