Sunday 7 October 2012

Sayur Sawi dan Cendawan bersos tiram


Bahan-bahan:
  • Cendawan kering direbus sehingga lembut
  • Sayur sawi
  • Sedikit lobak merah di potong memanjang
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah @ hijau @ padi
  • Sos tiram
  • Sedikit tepung jagung
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak.
  1. Tumbuk kasar bawang merah dan putih. Panaskan minyak, tumis bawang tersebut.
  2. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian masukkan lada hitam, kacau sehingga sebati.
  3. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air kemudian masukkan ke kuali.
  4. Masukkan cendawan kering yg telah direbus sehingga lembut, lobak merah dan batang sawi. Kacau sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan batang sawi, cili merah dan sedikit garam dan serbuk perasa. Selamat mencuba.

Saturday 22 September 2012

Cucur ikan bilis rangup berempah

Bahan-bahan:

  • 3 Senduk tepung gandum
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/4 batang lobak merah
  • Segengam ikan bilis
  • Sedikit serbuk bikarbonat
  • Sedikit serbuk kari, cili dan kunyit
  • Sedikit sebuk jintan manis, putih dan ketumbar
  • Sedikit serbuk lada hitam dan sulah
  • Sedikit serbuk perasa dan garam
Cara membuat.
  1. Basuh dan rendam ikan bilis sekejab. Tinggalkan sedikit ikan bilis untuk di masukkan ke dalam adunan. Ikan bilis boleh di tumbuk kasar atau di masuk terus ke dalam adunan. Kisar ikan bilis bersama bawang besar, merah, putih dan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam tepung gandum. 
  2. Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.  
  3. Jemputkan seperti cekodok atau boleh juga gunakan sudu dan gorengkan dalam minyak panas yg penuh. Sedia untuk di hidangkan. Enak di makan untuk sarapan pagi dan minum petang. Selamat mencuba.

Sayur bendi goreng kicap bersama tauhu dan fish cake

Bahan-bahan:

  • 5 biji bendi
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 tauhu dan fish cake
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit kicap
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak.
  1. Potong serong sayur bendi dan cili merah. Potong memanjang lobak merah.
  2. Panaskan minyak. Goreng tauhu dan fish cake. Ketepikan dulu kemudian tumbuk kasar bawang merah dan putih.Tumiskan bawang merah dan putih tadi dalam lebihan minyak mengoreng tauhu dan fish cake tadi.
  3. Masukkan kicap dan sedikit air, kemudian masukkan sayur bendi dan lobak merah yg telah di potong. Kacau sehingga sebati. Biarkan air sedikit kering.
  4. Masukkan tauhu dan fish cake. Kacau lagi hingga sebati, kemudian masukkan serbuk perasa dan garam.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar yg di potong bulat dan cili merah. Sedia di hidangkan. Selamat mencuba.

Friday 21 September 2012

Telur dadar daging berempah

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah di potong serong
  • Sedikit lobak merah di potong dadu
  • Sedikit rempah kari
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit jintan manis dan putih 
  • Sedikit lada sulah dan lada hitam
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Sekeping daging burger @ daging rebus

Cara memasak.
  1. Pukul telur hingga kembang. Potong dadu daging burger yg telah di goreng. Masukan semua bahan dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng telur tersebut seperti biasa. Selamat mencuba.

Sayur sawi goreng bersama tauhu dan fish cake

Bahan-bahan:
  • Seikat sayaur sawi
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang merah dan putih
  • Sedikit tauhu dan fish cake
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak.
  1. Panaskan minyak. Tumbuk kasar bawang merah dan putih. Kemudian tumiskan bawang tersebut.
  2. Masukkan tauhu dan fish cake yg di potong dadu. Kemudian masukkan sedikit sos tiram dan air.
  3. Masukkan batang sawi dan lobak merah yg di potong memanjang.
  4. Setelah batang sawi dan lobak merah agak masak, masukkan daun sawi dan bawang besar yg di potong bulat.
  5. Akhir sekali masukkan cili merah yg di potong serong. Perasakan dengan sedikit garram dan serbuk perasa. Siap di hidangkan. 

Sardin Marina mudah dan sedap



Bahan-bahan:
  • 1 tin sardin Marina (saya guna separuh ja)
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah @ hijau @ 2 biji cili padi
  • Sedikit garam

Cara memasak.
  1. Panaskan minyak. Tumbuk bawang merah dan putih kemudian tumiskan bawang tersebut.
  2. Masukkan sardin. Tambah sedikit garam kemudian masukkan bawang besar yg di potong bulat dan cili merah yg di potong serong.
  3. Biar mendidih seketika kemudian hidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba.





Mee Goreng mudah dan sedap


Bahan-bahan:
  • Segengam mee kuning
  • 1 ulas bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • Separuh  kek ikan (fish cake) dan tauhu
  • Sedikit sayur sawi dan lobak merah
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit kicap dan sos cili
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
  1. Basuh mee kuning dan toskan. Potong sayur sawi dan lobak merah.
  2. Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih. Kemudian masukkan serbuk cili dan sedikit air berserta fish cake dan tauhu. Biar kuah menjadi sedikit kering. Selepas itu masukan sos cili dan kicap. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan mee kuning kacau hingga sebati kemudian masukkan telur. Biar sedikit mengeras dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan batang sayur sawi dan lobak merah yg di potong memanjang. Akhir sekali masukkan daun sawi, sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Siap di hidangkan. Selamat mencuba.